Ranking BWF: Wei Chong-Kai Wun Masuki Kelompok 30 Terbaik Dunia
July 26, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu badminton lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun kini memasuki kelompok 30 pasangan terbaik dunia.

Gandingan Wei Chong-Kai Wun yang berusia 22 tahun masing-masing ini menduduki kelompok berkenaan selepas berjaya menjuarai saingan Terbuka Taipei 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF, Ahad lalu.

Menerusi kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, kejayaan Wei Chong-Kai Wun tersebut memberikan mereka 7,000 mata sekaligus mengumpul 47,200 mata secara keseluruhan.

Pengumpulan mata ini membolehkan mereka meraih lonjakan sebanyak tujuh anak tangga sekaligus menduduki tangga ke-30 dunia, pada minggu ini.

Sementara itu, satu lagi beregu negara yang berhasil mara ke peringkat separuh akhir di kejohanan yang sama, Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci turut merekodkan peningkatan yang memberangsangkan.

Hasil daripada kemaraan tersebut, beregu bebas (independent) ini mencetuskan lonjakan sebanyak 27 anak tangga sekaligus menempatkan pemain berusia 23 dan 24 tahun masing-masin ini dalam kelompok 100 pasangan terbaik dunia di ranking ke-98.

Bagi beregu lelaki negara yang lain, tiada sebarang perubahan dikesan dimana Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin kekal di ranking ke-6, ke-10 dan ke-12 dunia.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen