Perjalanan regu lelaki negara dalam Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai Ke-35 yang berlangsung di Island Sports World, Bangkok terhenti di peringkat separuh akhir.
Ini berikutan skuad negara yang dibimbing oleh Mohd. Rashidi Nordin tumpas kepada pasukan tuan rumah di peringkat terbabit, semalam.
Perlawanan terbabit berkesudahan dengan skuad negara tumpas di set pertama 21-18 sebelum tumpas di set berikutnya dengan skor 21-10.
Sebelum perlawanan menentang Thailand di separuh akhir, Malaysia tumpas kepada Republik Korea sekaligus menamatkan saingan peringkat Kumpulan B selaku naib juara kumpulan.
Disebabkan itu, Malaysia terpaksa berhadapan dengan Thailand selaku juara Kumpulan A di peringkat separuh akhir.
Sementara itu, Thailand yang mara ke pentas final akan bertemu Republik Korea pada hari ini untuk merebut gelaran juara bagi kategori regu lelaki.
Featured Image: Persatuan Sepak Takraw Malaysia