Penyerang kelahiran Ghana yang dipinjamkan daripada Terengganu FC, Jordan Mintah sudah mula menunjukkan ketajamannya di hadapan gawang sekaligus menjaringkan gol buat Kuala Lumpur City FC (KL City).
Pemain berusia 26 tahun ini berhasil meledak jaringan pertama dan keduanya bersama skuad ibu kota ketika turun beraksi menentang Kedah Darul Aman FC (Kedah) dalam saingan Liga Super, semalam.
56' GOL | Jordan Mintah menjaringkan gol pertamanya bersama KL City FC!@KLCityFootball 1-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/Ca0DHL6wvq
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 27, 2022
Dalam perlawanan terbabit, jaringan yang dihasilkan oleh Mintah pada minit ke-56 (penalti) dan ke-72 membolehkan KL City melakukan ‘comeback’ dan meraih kemenangan ke atas Kedah yang terlebih dahulu mendahului 1-0 pada babak pertama.
Ia sekaligus membolehkan KL City memungut tiga daripada aksi yang berlangsung di lamannya sendiri, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
https://twitter.com/MFL_MY/status/1552302839955070982?s=20&t=8YYSdSpMzhr2lv4U2TUgzg
Kemenangan ini juga membolehkan KL City melonjakkan kedudukannya dalam saingan Liga Super dari tangga ketujuh kepada tangga keempat dengan memiliki 18 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.
Untuk makluman, Mintah dipinjam KL City daripada Terengganu FC bermula Jun lalu sehingga ke penghujung musim ini. Pinjaman ini turut disertakan dengan syarat KL City tidak boleh menggunakan khidmat Mintah ketika menentang Terengganu atau Terengganu II dalam mana-mana kejohanan. Sebagai tambahan, Mintah mempunyai kontrak bersama Terengganu sehingga ke penghujung tahun 2023.
Featured Image: Malaysian Football League