Perancang Thailand, Chanatip Songkrasin tidak akan kelihatan bersama skuad kebangsaan negaranya dalam saingan King’s Cup dan Piala AFF 2022 kelak.
Ini berikutan pemain yang terkenal dengan julukan “Messi Jay” itu mengumumkan menarik diri daripada beraksi bersama skuad Gajah Perang sehingga ke penghujung tahun ini.
“Setiap kejohanan sangat penting dan ianya sangat hebat dapat bermain bersama skuad kebangsaan.”
🗣 #ชนาธิป สรงกระสินธ์ กองกลางทีมชาติไทย 🇹🇭 ออกมาเผยผ่าน ช้างศึก ถึง2 รายการที่เหลือในปีนี้ อย่าง คิงส์ คัพ และ ชิงแชมป์อาเซียน 2022
อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/GAmSbnCJUx#ช้างศึก #TogetherAsOne #Changsuek #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #Chanathip #KingsCup #AFFChampionship2022 pic.twitter.com/T3KUNeirpa
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) July 26, 2022
“Tetapi peminat bola sepak Thailand mungkin tidak akan melihat saya bermain bersama skuad kebangsaan lagi pada tahun ini. Saya merasa keletihan dan memerlukan rehat pada waktu itu.”
“Saya juga mahu memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.” katanya seperti dipetik daripada Bangkok Post.
Skuad kebangsaan Thailand merancang untuk beraksi dalam saingan King’s Cup – sebuah kejohanan jemputan melibatkan empat buah negara pada rehat antarabangsa FIFA pada bulan September kelak.
#OFFICIAL "เชียงใหม่" ได้รับเลือกให้เป็นเจ้าภาพจัดการแข่งขัน ฟุตบอล ฟีฟ่า เดย์ เดือนกันยายน
อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/9rL4jD1y5B#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #คิงส์คัพ #KingsCup #FIFADay pic.twitter.com/sDR8uj5ILG
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) July 27, 2022
Menurut makluman terkini daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), ianya akan dilangsungkan di wilayah Chiang Mai dimana 700th Anniversary of Chiang Mai Stadium dipilih sebagai venue kejohanan terbabit.
Sepertimana diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini, skuad Harimau Malaya antara pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
Selain itu, kelibat Chanatip juga tidak akan kelihatan dalam saingan Piala AFF 2022 yang akan berlangsung pada Disember dan Januari kelak. Dalam edisi yang terdahulu, kehadiran Chanatip telah membantu skuad Gajah Perang menjuarai kejohanan ini di Singapura.
Featured Image: Changsuek