Artikel

Luis Suarez Kembali Beraksi Di Negara Kelahirannya, Uruguay Selepas 16 Tahun

Selepas 16 tahun beraksi bersama pelbagai kelab di benua eropah, penyerang prolifik, Luis Suarez kembali ke negara kelahirannya, Uruguay.

Penyerang berusia 35 tahun ini mengumumkan secara rasminya menyertai kelab zaman remajanya, Club Nacional de Football menerusi satu perkongsian di laman sosialnya, pada hari ini.

Difahamkan, dia menandatangani kontrak berjangka masa pendek bersama Nacional selaku pemain berstatus ejen bebas (free agent) setelah kontraknya tamat bersama Atletico Madrid.

Untuk makluman, Suarez memulakan karier bola sepak seniornya bersama Nacional pada tahun 2005 ketika berusia 18 tahun. Selepas beraksi selama semusim, dia berhijrah ke benua eropah dengan menyertai FC Groningen dalam saingan Liga Belanda.

Kemudiannya, pemain yang mendapat julukan EL Pistolero menyambun kariernya dengan beraksi bersama Ajax, Liverpool, Barcelona dan akhir sekali Atletico Madrid.

Sepanjang beraksi bersama lima buah kelab di eropah ini, Suarez telah merekodkan 436 gol serta 238 bantuan gol. Rekod ini membantunya memenangi pelbagai gelaran bersama kelab-kelab tersebut termasuk Piala Dunia Kelab, Liga Juara-Juara UEFA, La Liga, Eredivisie dan banyak lagi.

komen