Artikel

AUG 2022: Azreen, Nor Sarah Adi Bawa Pulang Emas & Perak Acara 100 Meter

Pingat emas dan perak bagi acara 100 meter (m) kategori wanita dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 menjadi milik kontinjen negara setelah dimenangi oleh Azreen Nabila Alias dan Nor Sarah Adi.

Dalam perlumbaan akhir yang berlangsung di Stadium Sisaket, Ubon Ratchathani, Azreen yang merupakan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi muncul juara dengan menamatkan larian dalam tempoh masa 11.88 saat (s).

Manakala seorang lagi atlet negara, Nor Sarah pula berhasil merangkul pingat perak dengan catatan masa 11.97s. Manakala pingat gangsa menjadi milik pelari tuan rumah, On Uma Chattha yang merekodkan masa larian 12.41s.

Sebagai perbandingan, catatan masa tersebut adalah kurang 11 saat berbanding rekod peribadi terbaik yang pernah dicatatkannya ketika mengambil bahagian dalam pusingan saringan di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2022 iaitu 11.77s.

Sementara itu, bagi acara 100m kategori lelaki, kontinjen Malaysia tidak mengutip sebarang kilauan pingat apabila wakilnya, Jonathan Nyepa menamatkan larian di kedudukan keempat.

Featured Image: ASEAN University Games 2022

komen