Juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors FC membuka pusat latihan baharunya yang bernilai lebih RM32 juta secara rasminya, semalam.
Projek pusat latihan yang dirancang setahun lalu ini menyaksikan ianya dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti lima padang bola sepak termasuk sebuah padang hybrid sebelas sebelah.
Selain itu, pusat latihan yang berkeluasan 28,000 meter persegi ini turut mempunyai gimnasium, bilik fisioterapi, bilik persalinan, bilik rekreasi, bilik analisis termasuk bilik pengajian untuk pelatih akademi.
Pusat latihan ini akan menjadi ‘rumah baharu’ buat skuad senior, skuad bawah 21 tahun (B-21), pelatih akademi, pasukan wanita serta staf pentadbiran di bawah satu bumbung yang sama.
Menariknya, pusat latihan ini juga mempunyai sebuah kafe, kawasana tontonan orang ramai serta ruang mesra masyarakat untuk menyokong aktiviti kemasyarakatan setempat.
Untuk makluman semua, pembinaan pusat latihan bola sepak bersepadu sebegini adalah yang pertama dibina di Singapura.
Majlis pembukaan pusat latihan baharu ini dirasmikan oleh pengerusi kelab merangkap pengasas Sea Ltd, Forrest Li dan dihadiri Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong.
Featured Image: Lion City Sailors FC