Artikel

Arsenal Lancar Jersi Berwarna ‘Pink’ Buat Julung Kali Dalam Sejarah

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berpangkalan di utara London, Arsenal melancarkan jersi ketiganya untuk musim 2022-23, pada hari ini.

Menerusi perkongsian di laman rasminya, jersi keluaran Adidas yang dilancarkan itu hadir dalam warna “clear pink” – pertama kali digunakan dalam sejarah kelab.

Jersi ini turut disertakan dengan corak “ermine” yang digunakan dalam logo Arsenal edisi 1940-an. Ianya dikemaskan dengan warna “navy blue” dan “clear blue” di bahagian kolar dan beberapa bahagian lain.

Jersi ini akan dipadankan dengan seluar pendek berwarna “navy blue” serta stokin warna yang sama dengan jersi iaitu “clear pink”.

Arsenal memaklumkan, jersi ini akan digunakan buat julung kalinya dalam perlawanan pembukaan musim baharu EPL menentang Crystal Palace pada 4 Ogos (Jumaat) kelak.

Sebagai tambahan, jersi ini hadir dalam dua versi iaitu “authentic” dan replika. Ianya sudah boleh dibeli oleh para peminat skuad The Gunners bermula hari ini di laman sesawang Adidas Direct.

Featured Image: Arsenal

komen