Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly berhasil menambah koleksi pingat emasnya pada temasya Sukan Para ASEAN (APG).
Atlet berusia 25 tahun kelahiran Perlis ini menambah koleksi terbarunya setelah melakukan lompatan terbaiknya sejauh 7.20 meter (m) dalam acara lompat jauh kategori F20 (masalah intelektual) di Stadium Manahan, Indonesia, hari ini.
Lompatan itu sudah memadai buatnya untuk merangkul pingat emas pada temasya kali ini mengatasi pencabar terdekatnya yang merupakan atlet senegara, Zulkifly Abdullah (6.43m) dan atlet Singapura, Suhairi Suhaini (5.78m).
TAHNIAH! 🇲🇾👍🏻
Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly hadiahkan pingat emas🥇kategori F20 manakala rakan sepasukan, Zulkifly Abdullah raih pingat perak🥈
Teruskan melakar kejayaan buat Malaysia 👍🏻#DemiMALAYSIA#APGSolo2022 pic.twitter.com/IrhDRFWnrC
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) August 2, 2022
Sebagai rekod, ini merupakan pingat emas keempat yang dimenangi oleh Latif dalam temasya Sukan Para ASEAN. Sebelum ini, dia meraih kilauan pingat yang sama dalam edisi Naypyidaw 2014, Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.
Sebagai tambahan, Latif juga merupakan pemenang dua pingat emas Paralimpik serta dua pingat emas Kejuaraan Dunia IPC.
Selain itu, Latif turut memegang rekod dunia dalam acara ini dengan lompatan sejauh 7.64m yang dilakukannya semasa beraksi di temasya Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.
Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia