Kejuaraan B-16 AFF: Malaysia Mulakan Kempen Dengan Kemenangan Bergaya Ke Atas Kemboja
August 2, 2022 Hafizuddin Omar

Skuad Malaysia bawah 16 tahun (B-16) melakar kemenangan bergaya dalam aksi pembukaan kempen Kejuaraan B-16 AFF yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia.

Skuad kendalian Osmera Omaro ini meraih keputusan positif dengan merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Kemboja dalam perlawanan sulung peringkat Kumpulan C.

Kemenangan tersebut disumbangkan hasil jaringan oleh Arami Wafiy Zakimi pada minit ke-6 serta jaringan berganda oleh Faris Danish Asrul pada babak kedua iaitu minit ke-59 dan ke-78 permainan.

Sudah tentu kemenangan ini membolehkan Malaysia mengutip tiga mata pertama. Selain itu, kemenangan ini juga meletakkan Malaysia mendahului Kumpulan C.

Untuk perlawanan berikutnya, Malaysia dijadualkan menentang Myanmar merangkap penghuni di tangga kedua Kumpulan C, pada 5 Ogos (Jumaat) kelak.

Mereka turut bermula dengan langkah kanan dalam kejohanan ini apabila melakukan kejutan menewaskan Australia dengan keputusan 3-2, pada petang tadi.

Featured Image: AFF

Komen