Sukan Komanwel: Ng Tze Yong Tak Izin Bekas Pemain No.1 Dunia Kalahkannya Buat Kali Ketiga
August 3, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong tidak lagi mengizinkan Srikanth Kidambi mengalahkannya – buat kali ketiga berturut-turut di pentas antarabangsa.  

Bekas pemain No.1 dunia itu yang menjadi taruhan pasukan India dalam pertarungan ketiga pada perlawanan akhir badminton berpasukan Sukan Komanwel Birmingham 2022 terpaksa akur tumpas kepada Tze Yong, sebentar tadi. 

Dalam pertarungan tersebut, Tze Yong berhasil mencetak kemenangan sulungnya ke atas Kidambi menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-19, 6-21 dan 21-16.

 

Sebagai rekod, Tze Yong tumpas kepada Kidambi dalam kedua-dua pertembungan lalu di pentas antarabangsa. Pertembungan pertama berlangsung di Kejohanan Badminton Asia 2022 manakala pertembungan kedua berlaku dalam saingan Piala Thomas 2022.

Kemenangan yang dicetak Tze Yong ini membolehkan Malaysia kembali mendahului 2-1 ke atas India dalam aksi perebutan kilauan pingat emas dalam acara ini.

Seterusnya, pertarungan keempat melibatkan beregu wanita daripada kedua-dua pasukan. Malaysia mempertaruhkan pasangan terbaiknya, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan manakala India menurunkan Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

Komen