Kejohanan Olahraga Dunia B-20: Azeem Fahmi Mengesahkan Tempat Ke Final
August 3, 2022 Hafizuddin Omar

Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mengesahkan tempat ke peringkat akhir acara 100 meter (m) lelaki di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2022.

Kemaraan itu disahkan selepas dia berhasil menamatkan larian di tempat kedua pada peringkat separuh akhir (Heat 3) yang berlangsung sebentar tadi.

Dalam perlumbaan tersebut, atlet kelahiran negeri Perak yang berusia 18 tahun ini menamatkan larian di belakang pelumba Jamaica, Bouwahjgie Nkrumie yang mencatatkan larian sepantas 10.11 saat (s). Azeem pula menamatkan lariannya dengan catatan masa 10.19s.

Sementara itu, enam pelari lain yang turut mengesahkan tempat ke peringkat akhir adalah seperti berikut:

  • Puripol Boonson (Thailand) – 10.09s
  • Letsile Tebogo (Botswana) – 10.14s
  • Hiroki Yanagita (Jepun) – 10.15s
  • Benjamin Richardson (Afrika Selatan) – 10.17s
  • Laurenz Colbert (Amerika Syarikat) – 10.29s
  • Reynaldo R. Espinosa (Cuba) – 10.29s

Untuk makluman semua, perlumbaan peringkat akhir bagi acara pecut 100m lelaki ini dijadualkan berlangsung pada jam 6.55 pagi nanti, waktu Malaysia.

Featured Image: Instagram Azeem Fahmi

Komen