Tiada sebarang kilauan pingat dapat dibawa pulang pelari muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi daripada acara pecut 100 meter (m) lelaki Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20).
Ini berikutan pelari berusia 18 tahun menamatkan larian peringkat akhir ditempat kelima di belakang Letsile Tebogo (Botswana), Bougie Nkrumie (Jamaica), Benjamin Richardson (Afrika Selatan) dan Puripol Boonson (Thailand).
Pemenang pingat emas, Letsile menamatkan larian dengan catatan masa 9.91 saat (s) yang merupakan sebuah rekod dunia baharu bagi kategori umur bawah 20 tahun.
Dengan catatan 10.14s, @_azeemf berjaya mendapat tempat kelima dalam final 100m @WorldAthletics U20 di Cali, Colombia! Tahniah Azeem Fahmi!#WorldAthleticsU20 #DemiMalaysia pic.twitter.com/7HPAEcOoo3
— Reezal Merican (@reezal_merican) August 2, 2022
Sementara itu, Bouwahjgie yang memenangi pingat perak pula merekodkan masa larian 10.02s yang menjadi rekod baharu negaranya bawah 20 tahun. Manakala, pemenang pingat gangsa, Benjamin pula merekodkan masa 10.12s
Pencabar terdekat Azeem dari negara jiran tetangga, Puripol yang berusia 16 tahun menamatkan larian di tempat keempat turut merekodkan catatan masa 10.12s.
Azeem pula menamatkan larian tersebut dengan catatan masa 10.14s.
Perjalanan Azeem di kejohanan ini akan diteruskan dengan satu lagi acara iaitu pecut 200m lelaki. Dia akan mula beraksi untuk acara ini pada hari esok, bermula jam 12.25 tengah malam nanti.
Featured Image: Instagram Azeem Fahmi