Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) mengumumkan akan menubuhkan sebuah syarikat penerbitan buku yang bernama KDA Press.
Menerusi makluman di laman sosialnya, idea penubuhan ini dicetuskan penaungnya, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar bagi memulakan proses dokumentasi khazanah di Kedah daripada sudut sejarah bola sepak, biografi dan banyak lagi secara sistematik.
Antara perancangan terdekatnya adalah menulis berkenaan biografi bekas pemain legenda di Kedah dan Malaysia.
KDA PRESS SERIES AVAILABLE SOON AT SANG KENARI STORE
Nantikan makluman kami seterusnya! Keep supporting us, stand up! pic.twitter.com/0ouwBpRFfX
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 2, 2022
Selain itu, difahamkan, inisiatif ini dicetuskan adalah untuk menggalakkan dan menghidupkan kembali amalan membaca dalam kalangan penyokong skuad Hijau Kuning.
Bagaimanapun, untuk peringkat awal ini, ianya akan dimulakan dengan menjual buku-buku terbitan yang ditulis oleh Dr. Mohd Daud Bakar sendiri dari pelbagai genre di Sang Kenari Store, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas.
Buku-buku yang ditulis Dr. Mohd Daud yang merupakan tokoh dan pakar kewangan islam merangkumi siri motivasi, fiksyen dan banyak lagi.