Bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Mauricio Nascimento meneruskan kariernya dengan menyertai sebuah kelab yang beraksi dalam divisyen kedua negara kelahirannya, Serie B, Brazil.
Menerusi satu pengumuman, pertahanan berusia 33 tahun itu diperkenalkan secara rasminya sebagai pemain baharu Clube Nautico Capibaribe atau berjulukan “Timbu” dalam kalangan penyokongnya.
“Mauricio berusia 33 tahun dan telah beraksi bersama beberapa pasukan hebat di dunia. Dia memulakan kerjayanya di Palmeiras dan juga bersama Gremio di Brazil.”
O zagueiro Maurício e o lateral-direito Anilson são os novos reforços do Náutico para a sequência da Série B. Saiba mais: https://t.co/EOhEs5PSMs 🇦🇹🐭 pic.twitter.com/LAcYMT4Dof
— Náutico (@nauticope) August 1, 2022
“Di luar negara, pertahanan ini turut beraksi untuk Sporting CP (Portugal), Lazio (Itali), Spartak Moscow (Rusia) dan Legia Warsaw (Poaland).” tulis kenyataan rasmi kelab terbabit.
Difahamkan, Mauricio yang beraksi sekitar empat musim bersama JDT menandatangani kontrak bersama kelab tersebut sehingga ke penghujung tahun 2023.
Dalam pengumuman yang sama, Nautico turut mengumumkan kemasukan seorang lagi pemain baharu, Anilson yang merupakan seorang bek kanan berusia 20 tahun.
Sebagai tambahan, pada ketika ini, Nautico telah mengharungi 21 perlawanan musim ini dan sedang berada di kedudukan ke-19 dalam kelompok zon penyingkiran.
Featured Image: Clube Náutico Capibaribe