Bermula musim 2023-24, saingan liga bola sepak Sepanyol akan mendapat penaja nama (title sponsor) baharu menggantikan nama sedia ada syarikat kewangan, Santander.
Menurut makluman rasmi, LaLiga mengumumkan telah menandatangani kerjasama beberapa tahun bersama syarikat pembangun dan penerbit permainan video berpangkalan di California, Amerika Syarikat, EA Sports.
Dengan kerjasama ini, EA Sports FC, permainan simulasi bola sepak yang ditukar namanya daripada FIFA akan menjadi penaja nama bagi kesemua saingan LaLiga termasuk LaLiga 2 (divisyen kedua), LaLiga Promises (kejohanan liga remaja tahunan) dan eLaLiga.
EA will become the main sponsor of La Liga from 2023-24.
The deal will include EA Sports naming rights for the league in a deal worth $205M over five years, per @partidazocope 🎮🇪🇸 pic.twitter.com/9EtpGIP3Qo
— B/R Football (@brfootball) August 2, 2022
Baca: EA FIFA Akan Mula Menggunakan Judul EA Sports FC Pada Tahun 2023
Dimaklumkan, dengan kerjasama ini, LaLiga akan melakukan penjenamaan baharu terhadap kesemua logo, grafik, tulisan dan elemen visual yang lain bersama EA Sports.
Bagaimanapun, tiada sebarang tempoh kerjasama serta jumlah penajaaan daripada syarikat terbabit didedahkan kepada umum oleh LaLiga dalam kenyataannya.
Sebagai rekod, Santander telah menjadi penaja bagi saingan LaLiga sejak tujuh musim lalu bermula saingan 2016/17 menggantikan sebuah syarikat kewangan, BBVA.