Brad Maloney Kembali Ke Negaranya, Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Australia B-17
August 4, 2022 Hafizuddin Omar

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Brad Maloney nampaknya tidak menganggur lama setelah berpisah dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bulan lalu.

Menerusi satu makluman rasmi, jurulatih berusia 50 tahun telah kembali ke negara kelahirannya dan dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Australia B-17 yang berjulukan “The Joeys”.

Difahamkan, Maloney akan memulakan tugasnya pada penghujung bulan ini dengan persiapan untuk mengharungi saingan Kelayakan Piala Asia B-17 2023 yang berlangsung di tanah airnya, Oktober nanti.

Selain itu, Malanoy juga diletakkan sasaran untuk membawa skuad “The Joeys” untuk layak ke saingan Piala Dunia B-17 yang akan berlangsung di Peru, pada tahun 2023.

Sebagai tambahan, selain daripada jawatan di atas, Brad turut diberikan tanggungjawab sebagai penolong jurulatih untuk skuad kebangsaan Australia B-20.

Untuk makluman semua, ini merupakan kepulangan semula Brad ke negaranya selepas lapan tahun bekerja bersama FAM. 

Sejak berada di Malaysia bermula tahun 2014, Brad pernah terlibat dengan pelbagai posisi kejurulatihan di pelbagai peringkat umur termasuk penolong jurulatih skuad senior kebangsaan.

Featured Image: FAM

Komen