Pelari kacukan kelahiran Kuala Lumpur, Russel Taib berhasil melayakkan dirinya ke peringkat separuh akhir acara 200 meter (m) lelaki di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Atlet berusia 24 tahun ini mengesahkan kemaraan tersebut dengan menamatkan larian peringkat saringan (heat 7) di tempat kedua – di belakang Dan Kiviasi Asamba.
Pelumba kelahiran kelahiran Kenya itu menamatkan larian dalam tempoh masa 20.86 saat (s) manakala Russel pula merekodkan catatan masa 21.13s.
Sebagai perbandingan, catatan masa ini merupakan yang ke-13 terbaik daripada 24 pelari yang layak ke peringkat separuh akhir.
Selain itu, tempoh larian yang direkodkan oleh Russel itu jauh daripada catatan masa peribadi terbaiknya yang merupakan rekod kebangsaan dalam acara ini iaitu 20.77s.
Sementara itu, Russel yang berhasil melayakkan diri akan turun beraksi di peringkat separuh akhir pada hari esok (Jumaat), bermula 7.09 malam.
Featured Image: Instagram Russel Taib