Penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg menutup saingan akhir bagi acara terjun 10 meter (m) platform di kedudukan kedua terakhir daripada 12 penerjun dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Penerjun berusia 29 tahun ini mengutip 260.90 mata daripada lima terjunanannya sekaligus terlepas peluang untuk mengutip sebarang kilauan pingat di temasya ini.
Melihatkan kepada persembahannya, Pandelela mula kehilangan rentak di terjunan ketiga apabila diberikan 52.80 mata oleh para juri.
Awal pagi tadi Dato' @Pandelela_R terlepas meraih pingat selepas berada di tempat ke-11 di Women's 10m Platform final dengan kutipan 260.90 mata. Beliau masih ada lagi 2 acara selepas ini. Pasti Dato' akan bangkit! 💪🏻 #B2022 #KamiTeamMalaysia
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 5, 2022
Bertambah parah, terjunan keempatnya menjadi yang terendah dengan juri sekadar memberikan 33.60 mata dan diikuti 44.80 mata pada terjunan terakhir. Dua terjunan awalnya diberikan 63.00 dan 66.70 mata oleh para juri.
Sementara itu, pingat emas dan perak berhasil dibawa pulang oleh dua penerjun tuan rumah iaitu Andrea Spendolini Sirieix dan Lios Mae Toulson apabila berjaya merekodkan pungutan mata 357.50 dan 337.30 masing-masing.
Manakala, pingat gangsa pula dibawa oleh penerjun Kanada, Caeli Sierra McKay yang mengumpul 317.50 mata daripada lima terjunannya.
Featured Image: Facebook Pandelela Rinong