Atlet pecut berdarah campuran negara, Russel Taib tidak dapat melayakkan dirinya ke peringkat akhir acara 200 meter (m) lelaki di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Ini berikutan pelari berusia 24 tahun ini menamatkan lariannya di tempat keenam pada perlumbaan peringkat separuh akhir (Kelompok 1) dengan catatan masa 21.32 saat (s).
Perlumbaan kelompok ini dimenangi oleh atlet tuan rumah, Zharnel Hughes dengan catatan masa 20.32s – terpantas di peringkat separuh akhir.
Untuk makluman, hanya juara dan naib juara daripada 3 kelompok di sahaja yang dapat melayakkan diri ke peringkat akhir secara automatik sambil ditemani dua pelari terpantas merentasi semua kelompok di peringkat separuh akhir.
Tujuh lagi pelari yang melayakkan diri ke peringkat akhir adalah seperti berikut:
- Jareem Richards (Trinidad & Tobago) – 20.40s
- Joseph Paul Amoah (Ghana) – 20.51s
- Udodi Chudi Onwuzurike (Nigeria) – 20.59s
- Brendon Rodney (Kanada) – 20.68s
- Emmanuel Eseme (Cameroon) – 20.69s
- Subusio Matsenjwa (Eswatini) – 20.81s
- Shajar Abbas (Pakistan) – 20.89s
Sebagai rekod, larian yang dicatatkan oleh Russel di peringkat saringan sebelumnya lebih pantas berbanding di peringkat separuh akhir, 21.13s.
Sebagai perbandingan, rekod peribadi terbaik dilakukan oleh atlet kelahiran Kuala Lumpur ini adalah 20.77s yang juga merupakan rekod kebangsaan bagi acara 200m.
Featured Image: Instagram Russel Taib