Sukan Komanwel: Kian Meng-Pei Jing Atasi Wakil Tuan Rumah Untuk Ke Separuh Akhir
August 6, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berhasil menempah tiket ke peringkat separuh akhir acara badminton (individu) di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Kemaraan itu dicetak dengan mengatasi wakil tuan rumah yang menghuni ranking ke-47 dunia, Callum Hemming dan Jessica Pugh di peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di , Kian Meng-Pei Jing berhasil mengatasi Callum-Jessica secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 21-11.

Untuk makluman semua, ini merupakan pertembungan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.

Sementara itu, di peringkat separuh akhir, Kian Meng-Pei Jing akan turun menentang wakil negara seberang tambak, Singapura iaitu Terry Hee Yong Kai dan Jessica Tan Wei Han bagi merebut kemaraan ke perlawanan akhir, esok.

Sebelum ini, Kian Meng-Pei Jing pernah merekodkan dua pertemuan menentang pasangan yang menduduki tangga ke-35 dunia ini. Malangnya, mereka tumpas di kedua-dua pertarungan tersebut.

Bagaimanakah keputusannya pada hari esok? Sama-sama kita nantikan.

Featured Image: Victor

Komen