Selepas bertarung dalam acara badminton berpasukan campuran, perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei bertemu pemain India, Pusarla Venkata Sindhu sekali lagi dalam acara individu, hari ini.
Malangnya, pertarungan kali ini turut berkesudahan dengan satu lagi kekalahan namun sepertimana perlawanan yang lalu, Pusarla merangkap bekas juara dunia suatu masa dahulu tidak diberikan kemenangan yang mudah oleh Jin Wei.
Dalam perlawanan peringkat suku akhir sebentar tadi, Jin Wei terlebih dahulu berhasil meraih kemenangan pada set pertama dengan skor 21-19.
RESULTS: #Birmingham2022
QF#IND🇮🇳 Pusarla Sindhu def. #MAS🇲🇾 Goh Jin Wei 19-21 21-14 21-18#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/rmPAL3J1CL
— BAM (@BA_Malaysia) August 6, 2022
Namun di set kedua, Pusarla yang berada di ranking ketujuh dunia ini berjaya merakamkan kemenangan dengan pungutan mata 21-14 sekaligus mengheret Jin Wei ke set penentuan.
Set penentuan pula berlangsung dengan sengit, akan tetapi, di penghujungnya, Jin Wei yang berada di ranking ke-60 dunia terpaksa akur tumpas dengan keputusan 21-18 sekaligus terkandas di peringkat suku akhir temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Sementara itu, Pusarla yang berhasil meneruskan kemaraan akan turun berhadapan dengan pemain Singapura, Yeo Jia Min di peringkat separuh akhir, esok, bagi merebut slot ke peringkat akhir.
Featured Image: Badminton Association of Thailand