Artikel

Sukan Komanwel: Ng Joe Ee Cipta Kejutan Rangkul 2 Emas, Sasaran 6 Emas Kontinjen Malaysia Tercapai Awal

Gimnas muda negara, Ng Joe Ee yang beraksi buat pertama kali dalam temasya Sukan Komanwel mencipta kejutan merangkul bukan satu tetapi dua pingat emas buat Kontinjen Malaysia.

Atlet berusia 16 tahun ini berhasil merangkul emas pertamanya dalam acara gimnastik disiplin bola apabila mengutip 29.700 mata mengatasi pencabar terdekat dari Kanada, Suzanna Shahbazian dan Cyprus, Anna Sokolova yang mengumpul 29.050 dan 28.800 mata masing-masing.

Pungutan mata itu menjadikan kedua-dua atlet tersebut terpaksa berpuas hati dengan kilauan pingat perak dan gangsa.

Tidak lama kemudian, Joe Ee yang mengambil bahagian dalam disiplin riben membuat satu lagi kejutan merangkul satu lagi emas apabila mengutip mata tertinggi dalam kalangan lapan peserta akhir.

Dalam saingan ini, Joe Ee menguti 27.800 mata mengatasi gimnas Scotland, Louise Christie dan Kanada, Carmel Kallemaa yang meraih 27.550 dan 27.500 mata masing-masing.

Dua kilauan pingat emas ini sekaligus membolehkan Kontinjen Malaysia mencapai sasaran minimum mengutip 6 pingat emas daripada temasya yang berlangsung di Birmingham, England ini.

Untuk makluman, Kontinjen Malaysia berpeluang untuk membawa pulang beberapa lagi pingat emas menerusi beberapa atlet lain terutamanya dalam acara badminton.Β 

Terdahulu, Kontinjen Malaysia diletakkan sasaran untuk membawa pulang tujuh pingat emas.

Namun dengan penarikan diri jadguh badminton negara, Lee Zii Jia dan kemalangan yang menimpas atlet skuasy, Sivasangari Subramaniam, sasaran itu diubah kepada enam pingat emas disandarkan kepada sukan terjun, angkat berat, badminton, gimrama, boling padang dan powerlifting.

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

komen