Perseorangan lelaki No.3 negara, Ng Tze Yong melakar satu kejutan besar dengan menumpaskan juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew di peringkat suku akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Pemain berusia 22 tahun ini menumpaskan perseorangan Singapura kelahiran Pulau Pinang itu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 15-21, 21-14 dan 21-11, sebentar tadi.
RESULTS: #Birmingham2022
QF#MASπ²πΎ Ng Tze Yong def. #SGPπΈπ¬ Loh Kean Yew 15-21 21-14 21-11#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/vHoMGSA9mT
— BAM (@BA_Malaysia) August 6, 2022
Menariknya, Tze Yong melakukan kejutan ke atas pemain yang menghuni ranking kesembilan dunia ini dalam pertemuan sulungnya di sebarang kejohanan antarabangsa.
Dengan kemenangan yang tercipta pada hari ini, Tze Yong dapat meneruskan kemaraan dalam temasya ini ke peringkat separuh akhir. Setakat berita ini ditulis, lawan kepada Tze Yong belum dapat disahkan lagi.
Featured Image: Badminton Association of Thailand