Saingan peringkat akhir acara pecut 200 meter (m) lelaki di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 menyaksikan pelari Trinidad dan Tobago, Jereem Richards muncul sebagai pemenang.
Dalam perlumbaan tersebut, atlet berusia 28 tahun ini melintasi garisan penamat dengan catatan masa 19.80 saat (s) dan secara langsungnya memecahkan rekod lama bagi temasya ini, 19.97s, dicpta oleh atlet Namibia, Frankie Fredericks pada edisi 1994 lalu.
What a spectacle that was 🔥
A world class performance from @Reemy_rich19 in the 200m final this evening, retaining his title from 4 years ago and setting a Games record whilst he was at it. 👏#CommonwealthGames pic.twitter.com/nHHXFOgYBP
— Commonwealth Sport (@thecgf) August 6, 2022
Selain itu, kemenangan ini juga menjadikan Jereem berjaya mempertahankan emas yang dimenangi pada temasya lalu, Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
Sebagai tambahan, catatan masa yang dilakukan dalam larian pada kali ini juga membolehkannya memperbaharui rekod peribadi terbaiknya. Sebelum ini, catatan masa larian terbaiknya dalam acara 200m adalah 19.8s.
Jereem Richards owned that race from the start. 🤩
What exquisite sprinting.
He takes gold back to @TTOlympic, with @TeamEngland's Zharnel Hughes finishing second and Ghana's Joseph Paul Amoah coming in third.#CommonwealthGames #B2022 pic.twitter.com/B3WrAjzjyo
— Commonwealth Sport (@thecgf) August 6, 2022
Sementara itu, pemenang pingat perak dalam temasya kali ini dirangkul oleh pelari tuan rumah, Zharnel Hughes manakala pingat gangsa pula dibawa pulang oleh atlet Ghana, Joseph Amoah.
Kedua-dua pelari ini melintas garisan penamat dengan catatan masa 20.12s dan 20.49s masing-masing.
Sebagai perbandingan, rekod dunia masih lagi dipegang oleh pelari pecut legenda dari Jamaica, Usain Bolt dengan catatan masa 19.19s yang diciptanya semasa beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia 2009.
Featured Image: Team TTO