Artikel

Sukan Komanwel: Ng Tze Yong Ke Final, Bekas Pemain No.1 Dunia Tumbang Sekali Lagi

Pemain badminton muda negara, Ng Tze Yong berhasil menempatkan dirinya ke pentas akhir acara badminton (individu) di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Atlet berusia 22 tahun ini menempa kemaraan tersebut dengan menumpaskan bekas pemain No.1 dunia dari India, Srinkanth Kidambi di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong mencetak kemenangan menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan keputusan 13-21, 21-19 dan 21-10.

Untuk makluman, ini merupakan kali kedua berturut-turut Tze Yong berjaya menumpaskan pemain India yang berusia 29 tahun di pentas antarabangsa.

Kemenangan pertama digapai oleh Tze Yong ketika beraksi dalam perlawanan akhir mewakili pasukan Malaysia dalam acara badminton berpasukan campuran di temasya yang sama.

Ketika itu, Tze Yong turut mencetak kemenangan menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan skor 21-19, 6-21 dan 21-16. Kemenangan Tze Yong itu membantu Malaysia meraih pingat emas dalam acara tersebut.

Sementara itu, di peringkat akhir badminton (individu) yang dijadualkan berlangsung pada petang esok (waktu Malaysia), Tze Yong akan turun berhadapan pemain No.1 India merangkap No.10 dunia, Lakshya Sen.

Featured Image: Badminton Association of Thailand

komen