Beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan akan membuat perhitungan untuk merebut kilauan pingat emas menentang wakil tuan rumah di pentas akhir acara badminton (individu) Sukan Komanwel Birmingham 2022, petang esok.
Terdahulu, pasangan negara yang berada di ranking kesebelas dunia mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas menumpaskan beregu India, Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah berjaya menumpaskan pasangan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-16.
RESULTS: #Birmingham2022
SF#MAS🇲🇾 Pearly Tan-Thinaah M def. #IND🇮🇳 Treesa Jolly-Gayatri Pullela 21-13 21-16#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/Wt9qmf2QSi
— BAM (@BA_Malaysia) August 7, 2022
Sementara itu, menanti mereka di pentas akhir adalah Chloe Birch dan Lauren Smith yang menghuni ranking ke-14 dunia.
Pasangan England ini mara ke pentas akhir selepas berhasil mengatasi beregu Australia, Wendy Chen dan Gronya Sommerville dengan skor 21-14 dan 24-22.
Berbalik kepada pertemuan antara Pearly-Thinaah dan Chloe-Lauren, kedua-dua beregu ini pernah bertembung sebanyak satu kali di pentas antarabangsa sebelum ini.
Bagaimanapun, pertembungan yang berlangsung dalam saingan Piala Sudirman 2021 itu tidak memihak kepada Pearly-Thinaah. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan Chloe-Lauren merekodkan kemenangan menerusi tiga set permainan (21-18, 17-21 dan 21-10).
Featured Image: Badminton Association of Thailand