Penyerang import yang meraih memenangi trofi Kasut Emas di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 (ABK19), Fernando Rodriguez tidak lagi beraksi dalam kancah Liga Malaysia.
Ini selepas penyerang kelahiran Sepanyol berusia 35 tahun itu berhijrah ke negara jiran tetangga, Indonesia dan menyertai pasukan pendatang baharu saingan Liga 1 iaitu Persis Solo.
Rodriguez yang merangkul trofi kasut emas selepas menjaringkan 21 gol secara keseluruhan bersama Kedah pada tahun 2019 diumumkan menyertai Persis Solo secara rasmi pada Jumaat lalu.
Say hello to Laskar Sambernyawaโs new Bomber Man! ๐ด
๐๐ถ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ป๐ถ๐ฑ๐ผ, ๐๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐ป๐ฑ๐ผ ๐ฅ๐ผ๐ฑ๐ฟรญ๐ด๐๐ฒ๐! ๐ฃ๐ฅ#RodriguezIsRed#LaskarSambernyawa pic.twitter.com/bqkquYPE2j
— PERSIS (@persisofficial) August 5, 2022
Kelab berjulukan Laskar Sambernyawa mengumumkan kemasukan Rodriguez sehari sebelum jendela perpindahan saingan bola sepak Indonesia ditutup – 4 Ogos.
Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kedatangan kedua Rodriguez dalam kancah bola sepak Indonesia.ย Pada tahun 2018, dia pernah bersama Mitra Kukar yang juga beraksi dalam saingan Liga 1.
Kelab terakhirnya di Malaysia, Johor Darul Taโzim (JDT) turut merakamkan ucapan selamat maju jaya dan terima kasih atas khidmat yang bersama skuad Harimau Selatan pada hari yang sama.
Sebagai rekod, selepas cemerlang bersama Kedah pada tahun 2019, khidmat Rodriguez diikat oleh JDT bermula tahun 2020. Namun begitu, kelibatnya lebih banyak digunakan bersama skuad simpanan, JDT II dalam saingan Liga Premier.
Pada musim 2021, Rodriguez turut merangkul satu lagi anugerah iaitu Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021 selepas menjaringkan 16 gol.
Featured Image: Malaysian Football League