Kontinjen Malaysia Akhiri Sukan Para ASEAN Dengan Kutipan 36 Pingat Emas
August 8, 2022 Hafizuddin Omar

Temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 yang berlangsung di Solo, Indonesia ditutup oleh Kontinjen Malaysia dengan kutipan 36 pingat emas.

Kontinjen negara hadir seramai 73 orang atlet dan mereka berjaya membutirkan kutipan pingat emas tersebut menerusi sukan-sukan seperti olahraga, memanah, badminton, ping pong dan tenis berkerusi roda.

Untuk makluman, pungutan pingat ini dua kali ganda berbanding sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak 16 pingat emas. Selain itu, kontinjen Malaysia turut membawa pulang 20 pingat perak dan 14 gangsa sekaligus menamatkan saingan di tempat keempat secara keseluruhan.

Pecahan pingat emas yang diperolehi mengikut sukan adalah seperti berikut:

  • Renang – 18 emas
  • Olahraga – 8 emas
  • Badminton – 3 emas
  • Powerlifting – 3 emas
  • Memanah – 2 emas
  • Tenis Berkerusi Roda – 1 emas
  • Ping pong – 1 emas

Sementara itu, tuan rumah, Indonesia muncul juara secara keseluruhan APG pada edisi kali ini selepas merangkul 175 emas, 144 perak dan 107 gangsa. Ini juga merupakan kali ketiga Indonesia muncul juara keseluruhan.

Sebagai tambahan, temasya APG yang seterusnya akan berlangsung di Kemboja pada tahun 2013.

Featured Image: Paralympic Council of Malaysia

Komen