Skuad negara bimbingan Osmera Omaro terpaksa melupakan hajat untuk beraksi di peringkat separuh akhir Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) AFF.
Ini berikutan Malaysia diikat dengan keputusan seri 2-2 semasa menentang Australia dalam perlawanan akhir Kumpulan C, di Stadium Maguwoharjo Sleman, petang tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Australia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ayman Gulasi pada minit ke-17 sebelum Malaysia menyamakan kedudukan pada minit ke-36 hasil ledakan Anjasmirza Saharuddin.
Di babak kedua, Malaysia berhasil mendahului 2-1 pada minit ke-49 hasil jaringan pemain yang sama namun tidak lama kemudian, Australia berhasil menyamakan kedudukan melalui Max Hately pada minit ke-64 dan kedudukan itu berlarutan sehingga wisel penamat ditiup pengadil perlawanan.
Carta Kedudukan Akhir Kumpulan C, Kejuaraan B-16 AFF 2022
* Selepas Hari Perlawanan 3 pada Isnin, 8 Ogos 2022
MYANMAR 🇲🇲 1-0 🇰🇭 KEMBOJA
MALAYSIA 🇲🇾 2-2 🇦🇺 AUSTRALIA▶️ Malaysia gagal ke separuh akhir, Vietnam naib juara kumpulan terbaik (6 mata)#FAM #HarimauMalaya #AFFU16 pic.twitter.com/KVJ7Ywe8Vv
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 8, 2022
Keputusan itu meletakkan Malaysia di tangga kedua Kumpulan C hasil setelah memungut lima mata daripada mengharungi tiga perlawanan.
Kutipan mata itu pula tidak mencukupi untuk meletakkan skuad negara selaku naib juara terbaik secara keseluruhan merentasi Kumpulan A, B dan C.
Sebaliknya, naib juara terbaik itu menjadi milik Vietnam yang meraih 6 mata hasil daripada dua kemenangan dan satu kekalahan di peringkat Kumpulan A.
Untuk makluman semua, Vietnam mara ke peringkat separuh akhir menemani tiga juara kumpulan iaitu Indonesia, Thailand dan Myanmar dari Kumpulan A, B dan C masing-masing.
Featured Image: AFF