Artikel

Penyerang Hoki Negara, Faizal Saari Ikat Kontrak 10 Bulan Bersama Kelab Liga Utama Belanda

Penyerang hoki skuad kebangsaan, Faizal Saari bakal menjadi pemain negara yang pertama beraksi dalam saingan liga utama Belanda, Hoodfdklasse.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Dato’ Najmi Razak mengumumkan perkembangan tersebut pada hari ini.

Menurutnya, penyerang berusia 31 tahun beraksi di sana dengan mengikat kontrak bersama pendatang baharu liga berkenaan, ZSV Schaerweijde yang mendapat promosi daripada divisyen dua.

Untuk makluman semua, Faizal dapat mengikat kontrak bersama kelab berkenaan selepas pasukannya, Persatuan Hoki Terengganu (THT) memberikan lampu hijau dan melepaskannya.

Bagaimanapun, apabila saingan liga utama Belanda itu berhenti seketika pada November kelak, Faizal akan kembali ke pangkuan THT untuk menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia 2023.

Faizal dijadualkan berlepas ke Belanda pada 11 Ogos kelak.

Featured Image: Facebook Faizal Saari

komen