Pemain Naturalisasi Liridon Berkelana Di Liga Thailand Bersama Khon Kaen United
August 10, 2022 Hafizuddin Omar

Selepas berkelana dalam saingan Liga Australia dan Liga India, pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi meneruskan kariernya dengan beraksi dalam kancah bola sepak negara jiran tetangga, Liga Thailand.

Sebuah kelab berpangkalan di timur laut Thailand, Khon Kaen United yang beraksi dalam saingan Liga Thai 1 mengumumkan khidmat pemain tengah berusia 30 tahun ini menjadi milik mereka, malam tadi.

Difahamkan pemain yang tersohor dengan panggilan Matdon ini menjadi individu terakhir ditandatangani oleh Khon Kaen sebelum jendela perpindahan di sana ditutup.

Dia menyertai skuad berjulukan The King Cobras ini secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan mengisi slot pemain import ASEAN bagi kelab terbabit.

Untuk makluman semua, saingan Liga Thai 1 akan membuka tirainya bermula hujung minggu ini dan lawan pertama yang akan dihadapi oleh Khon Kaen United adalah Bangkok United pada Jumaat nanti.

Sebagai tambahan, musim lalu, Khon Kaen United menamatkan saingan Liga Thai 1 di tangga kesepuluh daripada keseluruhan 16 pasukan.

Komen