Majlis undian bagi Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia BWF atau Piala Suhandinata 2022 – sebuah kejohanan badminton berpasukan untuk pemain bawah 19 tahun – telah berlangsung pada hari ini.
Hasil undian tersebut, pasukan Malaysia bakal berhadapan cabaran besar apabila diundi bersama-sama seteru nusantara iaitu Indonesia serta Sweden dan Latvia dalam Kumpulan A.
Untuk makluman, kejohanan yang akan berlangsung bermula 17 hingga 22 Oktober di Santander, Sepanyol ini turut disertai 30 buah pasukan lain. Kesemua 34 pasukan dibahagikan kepada 8 kumpulan.
Keputusan undian bagi pasukan yang lain adalah seperti berikut:
Kejohanan ini menyaksikan hanya 8 juara kumpulan sahaja dapat mara untuk saingan merebut gelaran juara berserta trofi atau kedudukan kedua sehingga kelapan.
Manakala 8 naib juara setiap kumpulan pula akan ke pusingan seterusnya untuk menentukan kedudukan kesembilan hingga ke-16 bagi kejohanan ini.
Sebagai rekod, kejohanan tahunan ini kembali diadakan selepas dua edisi sebelumnya dibatalkan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda global.
Kejohanan edisi 2019 menyaksikan Indonesia berhasil muncul juara selepas mengalahkan China dengan keputusan 3-1. Manakala, pasukan Malaysia pada ketika itu menamatkan kejohanan tersebut di tangga kesembilan.
Featured Image: Instagram BWF