Pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Kuala Lumpur City FC (KL City) berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir zon ASEAN Piala AFC 2022.
Skuad bimbingan Bojan Hodak ini mara selepas memenangi penentuan sepakan penalti 6-5 mengatasi wakil Vietnam iaitu Viettel FC di laman lawan, Stadium Thong Nhat sebentar tadi.
🥅 PENALTIES | 🇻🇳 Viettel FC 0️⃣-0️⃣ Kuala Lumpur City 🇲🇾
⚪️ KLC ✅❌✅✅✅✅✅
🔴 VTF ✅✅✅❌✅✅❌🙌 Kuala Lumpur City are through to the ASEAN Zonal Final!#AFCCup2022 | #VTFvKLC
— #AFCCup (@AFCCup) August 10, 2022
Sebelum itu, tiada sebarang jaringan yang dapat memisahkan KL City dan Viettel selepas beraksi selama 120 minit permainan. Ini membuatkan penentuan sepakan penalti dilangsungkan bagi mencari pemenangnya.
Sementara itu, KL City yang mara ke perlawanan akhir akan bertemu wakil Indonesia, PSM Makassar sekali lagi. Untuk makluman, ini merupakan pasukan yang sama dihadapi mereka pada peringkat Kumpulan H yang lalu.
Featured Image: AFC Cup