Susulan kejayaan Kuala Lumpur City FC (KL City) mara ke perlawanan akhir Piala AFC Zon ASEAN, empat kelab daripada saingan Liga Malaysia dapat beraksi di pentas elit asia, Liga Juara-Juara AFC (ACL) bermula musim 2024 kelak.
Perkara itu dikongsikan oleh Footy Rankings – sebuah akaun media sosial yang memberikan perkembangan semasa mengenai ranking negara, kelab dan pertandingan di benua asia.
This victory for Kuala Lumpur City worth 0.512 points for Malaysia, and also confirmed 🇲🇾 Malaysia's slots in ACL 2024-25 to 2+2. Congratulations! https://t.co/szYXjmt6T7
— Footy Rankings (@FootyRankings) August 10, 2022
Menurutnya, kemenangan skuad ibu kota ke atas Viettel FC pada malam tadi telah memberikan 0.512 mata sekaligus menjadikan Malaysia mempunyai 46.343 mata Ranking MA secara keseluruhan.
Mata tersebut telah mengesahkan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia di tangga keempat bagi asia timur. Ini bermakna Liga Malaysia mendapat 2 slot automatik serta 2 slot “play-off” ke saingan ACL pada musim 2024-2025 kelak.
Sekiranya dua kelab yang beraksi di peringkat “play-off” itu berjaya ke peringkat kumpulan, Malaysia akan mempunyai 4 buah pasukan beraksi di pentas ACL pada musim berkenaan.Â
Difahamkan, Thailand yang berada di tangga keenam boleh memintas kedudukan Malaysia. Akan tetapi, peluang tersebut tipis dimana ia memerlukan wakil tunggalnya dalam saingan kalah mata ACL ketika ini, BG Pathum mara ke perlawanan akhir untuk merealisasikannya. Â
Vietnam yang berada di kedudukan kelima pula tidak boleh memperbaiki kedudukan MA Ranking-nya kerana sudah tidak mempunyai sebarang wakil di dalam saingan Piala AFC mahupun ACL setelah tersingkirnya Viettel FC, malam tadi.
Pada masa yang sama, JDT yang masih beraksi di pusingan kalah mata ACL pada ketika ini masih boleh memberikan mata tambahan terhadap MA Ranking negara sekiranya meraih keputusan positif menentang Urawa Reds pada 19 Ogos kelak.
Ini termasuk sekiranya KL City berhasil merekodkan kemenangan ke atas PSM Makassar dalam perlawanan akhir Piala AFC Zon ASEAN pada 24 Ogos nanti.
Featured Image: AFC
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!