Kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 yang dijadualkan bermula 21 November kelak Qatar bakal diawalkan sehari.
Sumber kepada The Athletic mendedahkan, perkara tersebut dilakukan agar pasukan tuan rumah, Qatar mahu beraksi pada perlawanan pembukaan menentang Ecuador.
Oleh demikian, perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan ini akan diawalkan dan bakal berlangsung pada Ahad, 20 November.
‼️ According to the official FIFA website, there are just 101 days left to kick for the World Cup in Qatar.
This means the official start date is now 20 November 2022.@FIFAWorldCup pic.twitter.com/YssuDrqQUR
— Doha News (@dohanews) August 11, 2022
Mengikut jadual asal, perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak terulung ini akan dimulakan pertarungan melibatkan Senegal menentang Belanda pada 21 November, Isnin.
Kemudiannya, ia diikuti dengan dengan perlawanan antara England dan Republik Islam Iran. Perlawanan Qatar menentang Ecuador sepatutnya menjadi perlawanan ketiga dan berlangsung pada hari kedua, 22 November, Selasa.
Perubahan ini tidak akan mengubah jadual dan sepak mula melibatkan pasukan lain melainkan perlawanan melibatkan Qatar dan Ecuador sahaja.
Bagaimanapun, keputusan ini perlu mendapatkan kelulususan daripada Biro Majlis FIFA yang terdiri daripada Presiden FIFA sendiri, Gianni Infantino dan enam presiden konfederasi bagi setiap benua (UEFA, CONMEBOL, CONCACAF, CAF, AFC dan OFC).
Sekiranya lulus dan diumumkan secara rasmi oleh FIFA, ini bermakna kejohanan Piala Dunia edisi kali ini akan bermula 20 November hingga 18 Disember 2022.
Featured Image: Road to 2022