Sukan Solidariti Islam: Haiqal, Hafiz, Jonathan & Arsyad Tamatkan Acara 4x100m Di Tempat Ke-6
August 13, 2022 Hafizuddin Omar

Tiada kilauan pingat dibawa pulang oleh kuartet pecut negara dalam acara larian 4×100 meter (m) lelaki peringkat akhir Sukan Solidariti Islam 2021 yang berlangsung di Konya, Turkiye.

Ini berikutan kuartet yang diwaliki oleh Haiqal Hanafi, Khairul Hafiz, Muhammad Arsyad dan Jonathan Nyepa menamatkan acara tersebut di tempat keenam dengan catatan masa 39.46 saat (s).

Sementara itu, pingat emas bagi acara ini berjaya dirangkul oleh kuartet tuan rumah dengan catatan masa 38.74s.

Manakala pingat perak dan gangsa pula berhasil diraih oleh kuartet Bahrain dan Oman dengan catatan masa larian 39.01s dan 39.21s masing-masing.

Sebagai perbandingan, rekod kebangsaan bagi acara 4x100m lelaki adalah 39.09s dan ianya dicipta oleh kuartet Muhammad Azeem, Muhammad Arsyad, Muhammad Zulfiqar dan Haiqal Hanafi di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 pada Mei lalu.

Larian itu juga telah membutirkan pingat perak buat kontinjen negara di temasya berkenaan.

Featured Image: Konya 2021

Komen