Setiap negeri di Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya satu litar “drag” untuk kegunaan “drag race”, umum Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Perkara tersebut diumumkan beliau ketika turun bersama anak-anak muda “riders” sempena Perhimpunan RXZ Members 4.0 di Terengganu International Drag Strip, Gong Badak, hari ini.
Bersama-sama anak-anak muda ‘riders’ sempena Perhimpunan RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Terengganu International Drag Strip hari ini. pic.twitter.com/eEaNHnRVBn
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) August 13, 2022
“Kerajaan bersetuju untuk membina sekurang-kurangnya sebuah litar drag untuk drag race di setiap negeri. Cadangan ini akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober ini.” katanya seperti dipetik di laman sosialnya.
Difahamkan, cadangan pembinaan litar ini dibuat bagi memperkasakan program pembangunan sukan permotoran di negara ini.
Jelasnya lagi, dengan pembinaan litar ini kelak, ianya akan memberi peluang kepada golongan belia untuk membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.