Teka-teki mengenai venue final Piala FA 2022 yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC sudah terjawab.
Menerusi makluman terbaru oleh Malaysian Football League (MFL), venue perlawanan tersebut ditetapkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan dijadualkan berlangsung pada 10 September kelak.
Pengumuman itu hadir selepas permohonan MFL untuk menggunakan venue terbabit diluluskan oleh PSM. Selain itu, keadaan padang di stadium berkenaan juga telah diperiksa dengan teliti oleh pihak pengurusan JDT dan Terengganu.
MFL hari ini mengumumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil telah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2022 di antara Terengganu FC dan JDT pada 10 September ini jam 9.00 malam.
Baca lanjut ➡️ https://t.co/t2UfUOGcO2#PialaFA2022 pic.twitter.com/ATevEIfWHt
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 16, 2022
Seperti kita sedia maklum, PSM telah mengumumkan penutupan SNBJ bagi sebarang aktiviti bola sepak untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan termasuk baik pulih padang bermula 15 Jun lalu.
Perkara tersebut diumumkan berikutan keadaan padang yang agak teruk ketika dan selepas skuad kebangsaan menggunakannya untuk mengharungi pusingan akhir kelayalan Piala Asia.
MFL menjelaskan, pemilihan SNBJ sebagai venue final Piala FA kali ini dibuat setelah melalui proses yang panjang menilai kemungkinan pelbagai venue.
Bukan hanya faktor padang dijadikan keutamaan tetapi juga elemen-elemen yang amat penting seperti kemudahan dan perlindungan untuk penyokong kedua-dua pasukan, akses kepada perkhidmatan awam, ruang yang luas di sekeliling stadium yang akan membolehkan operasi keselamatan untuk puluhan ribu peminat yang akan berada di stadium, sokongan dan bantuan pihak berkuasa tempatan juga diambil kira.
Pemilihan venue ini turut memberi penekanan daripada segi pengelolaan perlawanan, penyiaran, komersial dan juga kapasiti stadium yang akan membolehkan setiap finalis menjana pendapatan sebanyak mungkin daripada penganjuran perlawanan akhir ini.
Featured Image: AFC