Manusia terkaya di dunia, Elon Musk yang memiliki nilai bersih 270.1 bilion dolar Amerika Syarikat (AS) menyatakan mahu membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United.
Keinginan tersebut dinyatakannya menerusi satu ciapan di akaun Twitter peribadinya pada pagi tadi. Namun begitu, tidak dapat dipastikan samada ianya serius atau sekadar berseloroh memandangkan tiada sebarang butiran lengkap terhadap kemahuan yang dinyatakan itu.
Also, I’m buying Manchester United ur welcome
— Elon Musk (@elonmusk) August 17, 2022
Ketika ini, kelab yang yang menjuarai liga inggeris sebanyak 20 kali ini dimiliki oleh keluarga Glazer. Menurut Forbes, pasukan yang berjulukan Red Devils ini bernilai 4.6 bilion dolar AS – ketiga termahal di dunia selepas Real Madrid dan Barcelona.
Mereka baru sahaja memulakan saingan baharu bola sepak, musim 2022/23. Bagaimanapun, musim baharu ini dimulakan dengan langkah kiri apabila tumpas dua perlawanan awal berturut-turut kepada Brighton & Hove Albion dan Brentford baru-baru ini.
Featured Image: Manchester United