Artikel

Kejohanan Olahraga Eropah: Marcell Jacobs Muncul Juara 100m Dengan Catatan Masa 9.95s

Pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lamont Marcell Jacobs menamatkan acara pecut 100 meter (m) di Kejohanan Olahraga Eropah 2022 selaku juara.

Pelari berusia 27 tahun dari Itali ini muncul juara apabila dia berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 9.95 saat (s) mengatasi pencabar terdekatnya,pelari British, Zharnel Hughes yang merekodkan masa larian 9.99s.

Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Jeremiah Azu juga dari British dengan catatan masa 10.13s.

Untuk makluman semua, masa larian 9.95s yang dicatat oleh Marcell dalam larian ini menyamai rekod terbaik kejohanan yang dilakukan oleh Zharnel pada Kejohanan Olahraga Eropah 2018 yang lalu.

Bulan lalu, Marcell tidak beraksi di pusingan akhir acara 100m di Kejohanan Olahraga Dunia apabila terpaksa menarik diri di peringkat separuh akhir ekoran risau mendapat kecederaan yang lebih serius.

Featured Image: European Athletics

komen