Artikel

Malaysia Berentap Di Kejohanan Dodgeball Dunia Bermula 28 Ogos

Skuad dodgeball Malaysia akan turun mengambil bahagian di Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 yang akan berlangsung di Edmonton, Canada bermula 28 Ogos hingga 4 September kelak.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan pada edisi kali ini iaitu lelaki, wanita dan kategori baharu, campuran.

Untuk makluman semua, skuad dodgeball lelaki negara berada di ranking No.1 dunia manakala skuad wanita pula adalah No.2 dunia.

Sebagai rekod, Malaysia turun di kejohanan ini selaku naib juara apabila skuad lelaki dan wanita merangkul pingat perak dalam edisi yang berlangsung di Cancun, Mexico pada tahun 2019.

Edisi sebelumnya yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 2018 menyaksikan skuad lelaki merangkul pingat emas manakala skuad wanita membawa pulang pingat perak.

Kali terakhir Malaysia menyapu bersih kedua-dua pingat emas dalam kategori lelaki dan wanita adalah pada edisi tahun 2017 yang berlangsung di Toronto, Kanada.

komen