Artikel

Sukan Solidariti Islam: Malaysia Tuai Emas Pertama Menerusi Memanah Berpasukan Compound Lelaki

Kontinjen Malaysia berhasil menuai pingat emas pertamanya di temasya Sukan Solidariti Islam 2021 yang berlangsung di Konya, Turkiye pada hari kesembilan.

Kilauan pingat itu hadir menerusi sukan memanah dalam acara berpasukan compound lelaki yang dibarisi oleh Juwaidi Mazuki, Alang Ariff dan Eugenius Loh, petang tadi.

Ianya hadir selepas trio negara berjaya menumpaskan skuad negara jiran tetangga, Indonesia yang terdiri daripada Adika Hastian, Hendika Pratama Putra and Prima Wisnu Wardhana dengan skor 229-228 dalam perlawanan akhir.

Untuk makluman, pertembungan Malaysia dan Indonesia dalam perlawanan akhir ini merupakan ulangan pertemuan perlawanan akhir di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 yang lalu.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia tumpas tipis dengan skor 229-230 di tangan Indonesia sekaligus terlucut kilauan pingat emas di temasya berkenaan.

Sementara itu, pingat emas yang dirangkul pada hari ini meletakkan kontinjen Malaysia di tempat ke-20 dalam kedudukan kutipan pingat dengan 1 emas, 1 perak dan 4 gangsa.

Featured Image: KBS Malaysia

komen