Sukan Solidariti Islam: Memanah Tambah Pingat Menerusi Compound Berpasukan Campuran

August 18, 2022
Lain-Lain

Hafiz Omar

Kontinjen Malaysia menambah satu lagi pungutan pingat di temasya Sukan Solidariti Islam 2021 yang berlangsung di Konya, Turkiye menerusi sukan memanah.

Pungutan pingat terbaru itu disumbangkan menerusi acara berpasukan campuran compound yang diwakili oleh Juwaidi Mazuki dan Nur Aina Yasmine yang memenangi gangsa, malam tadi.

Pingat tersebut dibawa pulang oleh Juwaidi dan Aina selepas berjaya mengalahkan Indonesia dengan skor tipis 153-152 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Dengan kemenangan tersebut, kontinjen negara mempunyai 6 kutipan pingat secara keseluruhan dimana 1 daripadanya merupakan emas dan perak masing-masing. Manakala baki 4 pingat lagi merupakan gangsa.

Featured Image: National Archery Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd