Sukan Para Asia 2022 Ditunda Ke Penghujung Oktober 2023
August 18, 2022 Hafizuddin Omar

Penganjuran Sukan Para Asia 2022 di Huangzhou, China akan berlangsung bermula 22 hingga 28 Oktober tahun hadapan, demikian makluman daripada Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC).

Pada asalnya, temasya kali keempat ini dijadualkan berlangsung pada 9-15 Oktober tahun ini. Bagaimanapun, mereka mengumumkan penangguhan pada Mei lalu ekoran impak berterusan daripada pandemik Covid-19.

Tarikh baharu penganjuran temasya ini mendapat kesepakatan selepas perbincangan antara Jawantankuasa Penganjur Sukan Para Asia Hangzhou (HAPGOC), Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan China, APC dan pihak berkepentingan yang lain.

Tempoh penganjuran Sukan Para Asia ini kekal sama dan penganjurannya berlangsung sekitar dua minggu selepas selesainya temasya Sukan Asia 2022 iaitu 23 September hingga 8 Oktober 2023.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali kedua China menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Para Asia selepas mereka menganjurkan edisi pertama di Guangzhou pada tahun 2010.

Komen