VICTOR Lancar Koleksi Khas Kolaborasi Dengan Pemain No.1 Malaysia – VICTOR x LZJ
August 18, 2022 Hafizuddin Omar

Syarikat peralatan sukan yang berpangkalan di Taiwan, VICTOR memperkenalkan dan melancarkan kolaborasi khasnya bersama jaguh badminton Malaysia, Lee Zii Jia, pada hari ini.

Kolaborasi khas ini diberikan nama VICTOR x LZJ ini bertemakan warna kegemaran pemain No.5 dunia ini iaitu hitam dan jingga. Difahamkan, kolaborasi khas ini melibatkan Zii Jia dari perkembangan konsep awal hingga lakaran produk. 

Koleksi VICTOR x LZJ ini hadir dalam bentuk tujuh barangan yang merangkumi baju T, beg raket, gelang tangan, tuala sukan, stokin, topi dan botol air.

Bagaimanapun, harga bagi barangan-barangan ini belum didedahkan kepada umum.

Kesemua barangan ini boleh didapati dan dijual di 12 negara iaitu Malaysia, China, Jepun, Taiwan, Thailand, Hong Kong, Singapura, India, Indonesia, Vietnam, Australia dan Kanada.

Untuk makluman semua, VICTOR mengumumkan kerjasamanya bersama Zii Jia pada penghujung Februari lalu selepas meninggalkan badan induk badminton negara, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara bebas (independent).

Koleksi lengkap kolaborasi VICTOR x LZJ boleh dilihat DI SINI.

Komen