RTM Siar Kejohanan Dunia BWF 2022 Secara Langsung Bermula Pusingan 64
August 18, 2022 Hafizuddin Omar

Peminat badminton tempatan boleh menyaksikan Kejohanan Dunia BWF 2022 secara langsung dan percuma di stesen televisyen milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menerusi satu makluman di media sosialnya, RTM memaklumkan akan menyiarkan perlawanan di kejohanan terbabit bermula hari pertama iaitu pada 22 Ogos kelak.

Selain daripada menonton di televisyen, turut boleh disaksikan menerusi penstriman langsung di laman sesawang atau aplikasi RTM Klik.

Untuk makluman semua, kejohanan pada edisi kali ini disertai oleh sebilangan pemain-pemain negara dalam kesemua kategori seperti:

Perseorangan Lelaki

  1. Lee Zii Jia
  2. Liew Daren
  3. Ng Tze Yong

Perseorangan Wanita

  1. Soniia Cheah
  2. Kisona Selvaduray

Beregu Lelaki

  1. Aaron Chia & Soh Wooi Yik
  2. Ong Yew Sin & Teo Ee Yi
  3. Goh V Shem & Tan Wee Kiong
  4. Goh Sze Fei & Nur Izzuddin

Beregu Wanita

  1. Pearly Tan & Thinaah Muralitharan
  2. Vivian Hoo & Lim Chiew Sien
  3. Anna Cheong & Teoh Mei Xing
  4. Low Yeen Yuan & Valeree Siow

Beregu Campuran

  1. Tan Kian Meng & Lai Pei Jin
  2. Goh Soon Huat & Shevon Jemie Lai
  3. Chen Tang Jie & Peck Yen Wei

Kejohanan ini akan berlangsung selama 7 hari bermula 22 hingga 28 Ogos bertempat di Tokyo, Jepun.

Sebagai tambahan, kejohanan individu bergred 1 oleh BWF ini tidak menawarkan sebarang hadiah berupa wang ganjaran. 

Namun begitu, pemenang akan mendapat pungutan mata sebanyak 13,000 – lebih tinggi berbanding pungutan didapati apabila menjuarai Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF atau Kejohanan Jelajah Dunia Super 1000.

Komen