Sukan Solidariti Islam: Juwaidi Sumbang Satu Lagi Emas Menerusi Memanah Compound Individu
August 18, 2022 Hafizuddin Omar

Kontinjen Malaysia berhasil meraih pingat emas kedua daripada temasya Sukan Solidariti Islam 2021 yang berlangsung di Konya, Turkiye, hari ini.

Pemanah negara, Juwaidi Mazuki menyumbang kilauan pingat terbabit menerusi acara memanah compound individu bagi kategori lelaki.

Ianya hadir selepas dia berjaya menumpaskan lawannya dari Iran, Mohammadsaleh Palizban dalam perlawanan akhir yang berkesudahan dengan keputusan 148-137 mata.

Kemenangan tersebut menjadikan Malaysia telah mengumpul dua emas di temasya ini.

Untuk makluman, ini merupakan pingat emas kedua yang disumbangkan oleh atlet berusia 32 tahun ini. Pingat emas pertama yang disumbangkan Juwaidi adalah menerusi acara memanah berpasukan compound lelaki bersama-sama Alang Ariff dan Eugenius Loh.

Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia

Komen