Artikel

Sukan Solidariti Islam: 2 Emas, 1 Perak Dan 4 Gangsa Dibawa Pulang Kontinjen Malaysia

Temasya persahabatan antara negara-negara Islam, Sukan Solidariti Islam Ke-5 yang berlangsung di Konya, Turkiye menutup saingannya, semalam.

Kontinjen Malaysia diketuai chief de mission (CDM), Tuan Hj Abdul Rashid Bin Yaakub merangkap Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) hadir bersama-sama 56 orang atlet dan 24 pegawai.

Penyertaan kali ini menyaksikan Malaysia mengambil bahagian dalam tujuh acara iaitu berbasikal trek, gimrama, karate, memanah, olahraga, taekwondo dan memanah tradisional (sukan demo).

Malaysia menutup temasya ini dengan membawa pulang 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa menerusi atlet yang mengambil bahagian dalam acara berikut:

Emas

  1. Juwaidi Mazuki – Memanah Compound Lelaki (Individu) 
  2. Juwaidi Mazuki, Alang Ariff dan Eugenius Loh – Memanah Berpasukan Compound Lelaki

Perak

  1. Nur Aisyah Zubir – Berbasikal Scratch (Wanita)

Gangsa

  1. Nur Aisyah Zubir – Berbasikal Omnium (Wanita)
  2. Nor Sarah Adi – Lompat Bergalah (Wanita)
  3. Mohamad Eizlan Dahalan – Lompat Tinggi (Lelaki)
  4. Juwaidi Mazuki & Nur Aina Yasmine – Memanah Compound Berpasukan Campuran

Kutipan ini telah meletakkan kontinjen negara di kedudukan ke-19 daripada 57 negara yang mengambil bahagian secara keseluruhan.

Untuk makluman semua, Sukan Solidariti Islam Ke-6 dijadualkan berlangsung pada tahun 2025 bertempat di Yaounde, Cameroon.

Sebagai tambahan, temasya ini julung kalinya diadakan pada tahun 2005 di Arab Saudi diikuti Tehran, Iran (2009), Palembang, Indonesia (2013) dan Baku, Azerbaijan (2017).

komen