Nur Mohd Azriyn Ayub dan Low Juan Shen yang kembali bergandingan semula berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir dalam saingan Cabaran Antarabangsa Mongolia 2022.
Kedua-dua pemain bebas (independent) ini mengesahkan kemaraan selepas menundukkan lawan dari Thailand, Tanadon Punpanich dan Wachirawit Sothon (ranking ke-459) di peringkat suku akhir, hari ini.
Dalam perlawanan tersebut, Azryin-Juan Shen berhasil merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-19 dalam tempoh masa 37 minit permainan.
Sementara itu, pencabarnya di peringkat separuh akhir yang dijadualkan esok masih tidak dapat dipastikan lagi. Apa yang pasti, lawannya merupakan gandingan dari Jepun.
Kedua-dua beregu Jepun ini, iaitu gandingan Masato Takano-Katsuki Tamate (ranking ke-162) dan Takuto Inoue-Kenya Mitsuhashi (ranking ke-223) akan membuat perhitungan di peringkat suku akhir hari ini.
Untuk makluman semua, Azriyn-Juan Shen kembali bergandingan apabila gandingan sebelum ini, bersama Lim Khim Wah dan Goh V Shem masing-masing ditamatkan selepas kejohanan Malaysia Masters, Julai lalu.
Sebagai rekod, Azriyn-Juan Shen pertama kali dikesan bergandingan bersama pada tahun 2019.
Featured Image: Mongolian Badminton Association
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!